BERITA | KEBAJIKAN
SUMBANGAN PELITUP SEPARUH MUKA & CECAIR SANITASI TANGAN KEPADA CALON SPM & STPM 2020 SELURUH NEGERI JOHOR

Alhamdulilah, sepanjang minggu ini, Pertubuhan Mentari Johor peringkat Parlimen telah berkunjung ke sekolah-sekolah menyampaikan Sumbangan Pelitup Separuh Muka & Cecair Sanitasi Tangan khusus untuk calon SPM & STPM 2020 Sekolah-Sekolah Menengah di Johor. Sumbangan ini adalah daripada YAB Menteri Besar Johor.


Semoga adik-adik yang bakal menghadapi SPM & STPM bermula 22 Februari 2021 ini dipermudahkan menghadapi peperiksaan & berada di dalam kesihatan yg baik sentiasa.


#MentariJohor

#leadsharecare