BERITA | KEBAJIKAN
PROGRAM AGIHAN BANTUAN GELANDANGAN,FAKIR MISKIN, ASNAF, ORANG TUA DAN ANAK YATIM MEMERLUKAN SEKITAR NEGERI MELAKA.

Persatuan Pertubuhan Kebajikan Nur Insani telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowernment (MYICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan Program Agihan Bantuan Gelandangan,Fakir miskin, Asnaf, Orang Tuan Dan Anak Yatim memerlukan sekitar negeri Melaka. Program ini telah diadakan pada 16 November 2022 yang melibatkan 100 orang peserta / penduduk bertempat di Kompleks Asnaf Flat Al Ihsan dan sekitar negeri Melaka.Antara objektif utama penganjuran program ini adalah golongan asnaf dan fakir miskin dapat dibantu dari pelbagai aspek rohani, sosial dan fizikal agar golongan ini tidak terus diabaikan dan dipandang serong oleh masyarakat.