BERITA | SOSIAL
PROGRAM MOTIVASI “SMART SOLAT” PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR INSANI BAGI ANAK-ANAK PENDUDUK KOMPLEKS ASNAF

Persatuan Pertubuhan Kebajikan Nur Insani telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowernment (MYICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan Program Motivasi “SMART SOLAT” Pertubuhan Kebajikan Nur Insani bagi anak-anak penduduk kompleks asnaf . Program ini telah diadakan pada 17 Disember 2022 yang melibatkan 100 orang peserta bertempat di Surau Kompleks Asnaf Flat Al Ihsan. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menekankan aspek-aspek keagamaan seperti penekanan kepentingan motivasi hubungan kasih sayang mengikut islam dalam keluarga, solat Jemaah 5 waktu dan kursus asas smart solat.