Laporan Perlaksanaan Program Geran MyICE Tahun 2022





Persatuan Kanner Melaka telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program BENGKEL JURULATIH KRAF TANGAN SUKARELAWAN UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA. Program ini telah diadakan pada 27 & 28 Januari 2023 yang melibatkan 12 orang peserta bertempat di FAIRY MOM SOAPS , MALIM MELAKA. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah mengajar dan melatih sukarelawan untuk membuat kraf tangan supaya mereka boleh membimbing dan mengajar golongan remaja istimewa menguasai kemahiran pembuatan kraf tangan termasuk lilin, sabun nyonya, sabun cecair, baik untuk kegunaan sendiri ataupun dijadikan satu sumber pendapatan .
bagi golongan ini. Ini juga dapat memberi semangat kepada golongan ini supaya lebih berdikari dan menjalani hidup secara produktif.
Diharapkan bengkel ini dapat menyemarakkan harapan mereka menjadi anggota masyarakat berguna dengan menghasilkan barangan buatan Malaysia. Aktiviti kraftangan ini akan menjadi aktiviti utama golongan insan istimewa ini dan bimbingan para sukarelawan akan membantu memaksimumkan kemahiran motor mereka selain mengisi masa dengan aktiviti seni dan kraf setiap hari.Usaha murni ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menyantuni kelebihan yang ada pada golongan istimewa dan meningkatkan kesedaran dalam menyokong kemahiran serta kesungguhan golongan insan istimewa ini dalam menghasilkan produk kreatif.