Laporan Perlaksanaan Program Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) Tahun 2022
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Laporan Perlaksaan Program Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) Tahun 2022
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk. Melalui satu permohonan (MyICE), Persatuan kami telah menerima peruntukkan sebanyak RM 9,800.00 pada 5/08/2022. Wang peruntukkan tersebut telah digunakan untuk menjalankan satu program “Hari Veteran 2022”.
2. Maklumat terperinci program “Hari Veteran 2022” adalah seperti berikut:-
Tajuk Program: Hari Veteran 2022
Tarikh : 19/04/2022
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bellevue Hotel, Bukit Bendera, Pulau Pinang
Sila rujuk pada gambar-gambar program yang telah dilampirkan di Lampiran ‘A’.
3. Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sempena program tersebut adalah seperti berikut:-
a. Ceramah kesihatan warga emas oleh Dr. Kuldip Singh A/L Pretam Singh;
b. Ceramah Sejarah dan Pelanconggan alam di Bukit Bendera oleh Encik Anthony George;
c. Senaman Kesihatan warga emas oleh Encik Raymond Hooi Fatt Chee;
d. Lawatan Botani oleh Dato Seri Lim Chong Keat di Taman Botani Bellevue Bukit Bendera;
e. Lawatan sambil berjalan kaki bagi golongan muda dan kereta Buggi oleh golongan warga emas di sekitar kawasan Bukit
Bendera,Pulau Pinang oleh Encik Kenneth Speldewinde;
f. Sesi fotografi oleh Dr. Paramasivan Karrupan di sekitar kawasan Bukit Bendera, Pulau Pinang;
g.Sesi jamuan makan tengahari dan petang di Hotel Bellevue, Bukit Bendera;
4. Maklumat kos sebenar bagi perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:-
Perkara Kos Sebenar
Jamuan tengahari dan petang RM 2,388.00
Aktiviti penerokaan di sekitar Bukit Bendera RM 160.00
Mesyuarat ahli jawatankuasa RM 56.00
Jumlah RM 2,604.00
5. Maklumat penajaan bagi perlaksanaan program ini adalah seperti berikut:-
Perkara Penaja Jumlah
Penempahan tiket keretapi Funikular Semua Ahli Persatuan Veteran Penang RM 400.00
Sewa dewan ceramah, khemah taman Pemilik Hotel Bellevue,
botani, meja, kerusi, sistem siaraya, Bukit Bendera Dato Seri Lim Chong Keat RM 5,000.00
alat-alat bantuan dan sepanduk
Jumlah RM 5,400.00
6. Berdasarkan maklumat seperti di atas, maka jumlah baki wang peruntukkan yang telah kami jimatkan adalah sebanyak
RM 7,196.00.
Sekian, terima kasih