BERITA | SOSIAL
Program Komuniti 3S ‘Selamat, Sihat & Sejahtera

ALOR GAJAH , 17 DISEMBER 2022. Telah berlansung Program Komuniti 3S ‘Selamat, Sihat & Sejahtera’ yang diadakan di Balairaya Kampung Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka melibatkan seramai 100 orang peserta terdiri dari komuniti dan masyarakat setempat. Program ini diadakan bagi menerapkan ilmu pertolongan cemas kepada warga komuniti dan masyarakat setempat untuk digunakan ketika menghadapi situasi kecemasan terutama ketika menghadapi kemalangan dan bencana alam seperti banjir. Program bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran dan taklimat kepada para peserta. Pada sesi sebelah pagi para perserta diberi taklimat mengenai pengenalan pertolongan cemas. Seterusnya sesi petang pula para peserta diajar dan membuat latihan praktikal CPR, Bantuan Tercekik, Balutan dan Anduh. Program diakhiri dengan majlis penutup pada jam 5.00 petang oleh YB. Tuan VP. Shanmugan A/L V. Pitchay (EXCO Pembangunan Belia, Sukan & Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.