BERITA | KEBAJIKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEMAHIRAN KELUARGA ANAK KURANG UPAYA (OKU)

Pertubuhan IKRAM Kawasan Jasin telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) pada tahun 2022. Menerusi geran tersebut, Pertubuhan IKRAM Jasin dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Seri Bemban telah berjaya menjalankan 4 siri latihan untuk pelatih yang melibatkan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), guru PPKI dan ibu bapa murid PPKI di sekitar Jasin.Program yang bertujuan memberi pelatihan kepada guru dan ibu bapa dalam menjalankan terapi berterusan kepada murid PPKI ini telah dapat dimanfaatkan oleh seramai 273 orang peserta. Program ini telah berlangsung dari 9 November 2022 sehingga 7 Disember 2022.