BERITA | KEBAJIKAN
KURSUS POTONG RAMBUT

Kelab Pusat Komuniti Desa (PKD) Bukit Bayan telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Kursus Potongan Rambut. Program ini telah diadakan pada 14 Disember 2022 yang melibatkan 10 orang peserta bertempat di Pusat Komuniti Desa Bukit Bayan. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk membantu peserta didedahkan dengan kursus kemahiran dan seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan sampingan.