BERITA | SOSIAL
Program Sihat Dan Mesra Bersama Komuniti

Persatuan Penduduk Taman Bukit Rambai Melaka telah berjaya memperolehi geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022.

Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Sihat dan Mesra Bersama Komuniti. Program ini telah diadakan pada 23 September 2022 yang melibatkan 160 orang peserta / penduduk bertempat di Taman Bukit Rambai.

Antara objektif utama penganjuran ini adalah untuk memupuk perasaan muhibah, timbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti.