BERITA | SOSIAL
KEMPEN , CERAMAH DAN PAMERAN AGENSI DADAH BERSAMA PENDUDUK

Persatuan Penduduk Taman Ayer Keroh Heights 1(Baru) TAKH telah berjaya memperolehi geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MYICE) TAHUN 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program KEMPEN , CERAMAH DAN PAMERAN DADAH BERSAMA PENDUDUK. Program ini telah diadakan pada 29hb Januari 2023 yang melibatkan 100 orang penduduk bertempat di berhadapan bilik bacaan dan di ruang legar surau Al Islah. antara objektif utama penganjuran program ini adalah memberi pendedahan kepada masyarat setempat mengenai kesan keburukan penyalahan gunaan dadah kepada masyarakat dan juga negara.