BERITA | SOSIAL
PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA PENDUDUK

Kehadiran Ramadhan seharusnya menjadi titik permulaan untuk pembinaan diri, keluarga dan masyarakat agar lebih dekat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan keimanan dan penuh mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.


Bagi menyambut seruan Rasulullah SAW tersebut, seperti pada tahun-tahun sebelum ini, seluruh Ahli Jawatankuasa PPJTTAG menyatakan komitmen untuk merebut ganjaran yang berlipat  ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan menjayakan IHYA’ RAMADHAN TAMAN ANJUNG GAPAM 2023 dengan tema “Rahmatmu dicari, SyurgaMu dinikmati”.


Objektif :


  1. Menghidupkan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang tersusun bagi melahirkan masyarakat yang beriman, bertaqwa, berakhlak dan beramal soleh.
  2. Meraih keberkatan dan fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
  3. Mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan berkebajikan
  4. Merapatkan ukhuwah Islamiah di kalangan masyarakat Taman Anjung Gapam dan komuniti sekitar.


Sasaran :


  • Penduduk Taman Anjung Gapam
  • Masyarakat sekitar dan luar


Bentuk Perlaksanaan :


Gabungan PPJTTAG dengan Penduduk Taman Anjung Gapam dalam menyediakan 1 periuk besar untuk 300 orang di sekitar Taman Anjung Gapam