BERITA | SOSIAL
PROGRAM IFTAR BERSAMA PENDUDUK TAMAN ANJUNG GAPAM

PENDAHULUAN

 

·     Untuk meriah kan kita akan duduk bersila beralaskan tikar di atas jalan sambil menikmati juadah berbuka puasa ringkas bersama ahli keuarga dan jiran tentangga Jalan Tulip Taman Anjung Gapam.

·     Program iftar ini bukan saja memberi peluang kepada penghuni merasai kemeriahan berbuka beramai-ramai, malah dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tentangga. Selesai menjamu selera kita akan menunaikan solat maghrib dan terawih bersama-sama.

 

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Resam hidup berjiran maka besar tanggungjawab yang perlu digalas bersama. Hubungan yang erat di antara jiran akan membina satu tembok yang kukuh kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kehidupan berjiran yang serumpun bak serai, sesusun bak sirih bertepatan dengan konsep hidup berjiran yang dibawa oleh Islam. Islam telah menggariskan panduan dalam kehidupan berjiran. Hubungan silaturrahim yang terbina tanpa mengira pegangan agama atau bangsa wajib dijaga agar keharmonian sejagat dapat dibina. Tuntutan agar menjaga silaturrahim sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah SWT.

 

Objektif :

·     Menghidupkan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang tersusun bagi melahirkan masyarakat yang beriman, bertaqwa, berakhlak dan beramal soleh.

 

·     Meraih keberkatan dan fadhilat yang ada dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.

·     Mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan berkebajikan.

·     Merapatkan ukhuwah Islamiah di kalangan masyarakat Taman Anjung Gapam dan komuniti sekitar.

·      

Sasaran :

·     Penduduk Taman Anjung Gapam

·     Masyarakat sekitar dan luar

 

 

 

TARIKH : 11 April 2023

 

TEMPAT : Jalan Tulip 3, Taman Anjung Gapam

 

MASA : 6.00 petang – 8.00 malam