PROGRAM ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)





Sukacita dimaklumkan bahawa pihak persatuan Penduduk Kediaman PPKLI1 telah berjaya menganjurkan program simulasi / taklimat keselamatan kebakaran bagi penduduk disini. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada semua warga penduduk secara langsung berkenaan taklimat dan latihan sekiranya berlakunya kebakaran.Butir-butir program adalah seperti berikut :-
Tajuk Aktiviti : Program Asas Keselamatan Kebakaran (Fire Drill)
Tarikh : 18 Februari 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Taman Rekreasi Lorong Ikhlas 1, Bandar Tun Razak
Terima kasih kepada yang menjayakan program tersebut dan jemputan yang turut hadir terdiri daripada Anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Wakil Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3, Bandar Tun Razak, Wakil DBKL Cawangan Bandar Tun Razak, Persatuan Penduduk Blok A,B&G Flat Taman Mulia, Persatuan Penduduk Rumah Teres Makmur, AJK PPKLI1 dan semua warga penduduk Lorong Ikhlas 1,Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur.