BERITA | SOSIAL
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN PENDUDUK SERTA KAKITANGAN PUSAT KOREKSIONAL JASIN, MELAKA

Persatuan Penduduk Kuarters Pusat Koreksional Jasin (PPKPKJ) telah berjaya memperolehi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) tahun 2023. Menerusi geran tersebut, persatuan telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Penduduk dan Kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Program ini telah diadakan pada 19 Oktober 2023 yang melibatkan seramai 105 orang peserta dikalangan ketua isi rumah penduduk persatuan kuarters dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Antara Objektif utama penganjuran program ini Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kuarters Pusat Koreksional Jasin (PPKPKJ) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jasin (PKDJ) adalah bertujuan untuk membuat saringan bagi mengenalpasti penyakit-penyakit yang dihadapi serta mencegah penyakit daripada melarat. Program ini juga boleh meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan penduduk persatuan dan kakitangan tentang perlunya pemeriksaan serta penjaagaan kesihatan yang berterusan. Selain itu, program ini dapat memberikan kesedaran kepada semua yang terlibat bahawa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri serta mengekalkan tahap kesihatan diri dan keluarga.