BERITA | KESELAMATAN
Program Integriti Jauhi Dadah (Kesedaran Pengambilan Bahan Terlarang)

Persatuan Penduduk Kuarters Pusat Koreksional Jasin (PPKPKJ) telah berjaya memperolehi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) tahun 2023. Menerusi geran tersebut, persatuan telah mengadakan Program Program Integriti Jauhi Dadah (Kesedaran Pengambilan Bahan Terlarang). Program ini telah diadakan pada 08 November 2023 bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka yang melibatkan seramai 80 orang peserta dikalangan ketua isi rumah penduduk persatuan kuarters dan kakitangan Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Antara Objektif utama penganjuran Program ini yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Kuarters Pusat Koreksional Jasin (PPKPKJ) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jasin (AADK) ini adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan penduduk persatuan dan kakitangan yang terlibat tentang aspek-aspek keselamatan dan memberi pendedahan bagaimana langkah-langkah pencegahan penyalahgunaan dadah di dalam komuniti. Selain itu, program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat khasnya penduduk persatuan dan kakitangan, selain kesan-kesan yang akan diterima sekiranya melibatkan diri dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.