BERITA | SOSIAL
Gotong Royong Perdana dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Universiti MANIPAL Melaka

Persatuan Taman Indah Seksyen 3, Padang Jambu, Melaka telah berjaya memperolehi geran GPPK tahun 2023. Menerusi geran tersebut, persatuan telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Universiti MANIPAL Melaka. Program ini telah diadakan pada 7 Januari 2024 yang melibatkan seramai 120 orang penduduk bertempat di Padang Permainan, Taman Indah Seksyen 3. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menjaga persekitaran taman dalam keadaan bersih daripada sebarang serangan binatang berbisa dan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk dan lain-lain.