BERITA | SOSIAL
PROGRAM JOM KACAU DODOL

Program Jom Kacau Dodol. Program ini melibatkan semua ahli Persatuan Kebajikan & Rekreasi Pantai Nekmat. Program ini dimulakan dengan kacau dodol, berbuka puasa bersama ahli keluarga persatuan, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah dan terawih berjemaah. Selain itu, ahli persatuan juga turut menganyam ketupat bersama-sama. Hadir dalam program ini YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka. Turut hadir YBhg Datuk Haryaty Hamzah, Pengerusi HAWA Negeri Melaka. Dodol yang telah siap diedarkan kepada semua ahli dan penduduk setempat. Program berkonsepkan kongsi rezeki ini akan diadakan setiap tahun.