BERITA | SOSIAL
PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DATUK TAMBY CHIK KARIM BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA NEGERI MELAKA 2024

Persatuan Penduduk Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, Melaka telah berjaya memperolehi Geran Pertubuhan prihatin Kominiti (GPPK) Tahun 2023. Menerusi geran tersebut, persatuan telah mengadakan Program Pencegahan Jenayah Persatuan Penduduk Taman Datuk Tamby Chik Karim Bersama Polis Diraja Malaysia Negeri Melaka. Program ini telah diadakan pada 27 Januari 2024 yang melibatkan seramai 150 perserta/penduduk bertempat di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, Melaka. Antara objektif utama pengajuran program ini adalah Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Datuk Tamby Chik Karim bersama dengan Polis Diraja Malaysia Negeri Melaka telah dapat memberi kebersanannya dari segi mencegah jenayah. Peranan persatuan penduduk sebagai mata dan telinga kepada pihak polis untuk membantu dari segi penyampaian maklumat tentang kegiatan yang mencurigai berlaku dikawasan perumahan. Hasil kajian manyumbang kepada data-data terbaharu berkaitan persepsi persatuan penduduk terhadap kebersanan program komuniti dikawasan perumahan. Program ini juga telah dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam membenteras jenayah.