BERITA | KEAGAMAAN
CERAMAH & MAJLIS IFTAR PERDANA TAMAN MERLIMAU PERMAI 2024

Pihak Persatuan Taman Merlimau Permai telah mengadakan Program Ceramah & Majlis Iftar Perdana Taman Merlimau Permai 2024 anjuran bersama KRT Taman Merlimau Permai dan Surau Al Munawwarah Taman Merlimau Permai. Program tersebut diadakan pada tarikh 30 Mac 2024 pada jam 6.00 petang bertempat di Surau Al Munawwarah Taman Merlimau Permai. Anggaran seramai 150 orang telah hadir pada program tersebut. Tujuan program tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk dan menyantuni anak-anak yatim pada bulan ramadhan.