PROMOSI | KEBAJIKAN
Program Bantuan Ramadhan & Pacsa Banjir Negeri Kelantan

Program Bantuan Ramadhan dan Pasca Banjir Negeri Kelantan telah dianjurkan bersama oleh Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysis (PERMIM) serta Persatuan Muslim India Kelantan (KIMA) dan disokong oleh Yayasan Hasanah pada 22 April 2022 (Jumaat) bertempat di Lubok Gong, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan. 


Antara kawasan kampung yang terlibat adalah Masjid Ar Raudhah (Kampung Lubuk Gong 1), Masjid Muhammadiah(Kampung Lubok Gong 2) dan Surau Kampung Tersang, Rantau Panjang. Tujuan utama kawasan kampung lubok Gong dipilih adalah kerana faktor kampung terpencil yang gagal mendapat liputan luar, sebanyak 400 buah keluarga dan rumah mereka terjejas dan 5 buah rumah telah hanyut serta musnah dalam banjir yang berlaku pada bulan Februari 2022, ianya meninggalkan kesan yang mendalam sehingga hari ini. Oleh kerana faktor Rahmatan Lil Alamin, PERMIM dan Yayasan Hasanah telah menyerahkan tanggungjawab untuk sedikit meringankan bebanan keluarga-keluarga ini. Dengan kekuatan seramai 25 AJK KIMA telah turun padang untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 350 keluarga yang terjejas dengan menjadikan Masjid dan surau yang dinyatakan sebagai hub pengedaran. Serta pihak KIMA juga telah mengedarkan bungkusan Nasi Beriani kepada seramai 350 orang untuk berbuka puasa di kediaman mereka. Pada kesempatan ini KIMA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERMIM dan Yayasan Hasanah atas sumbangan bersama untuk menjayakan program ini. Komuniti India Muslim tidak hanyalah fokuskan kepada komunitinya sahaja tetapi secara global kita akan turun padang untuk membantu dengan sokongan padu semua masyarakat.