PROMOSI | KEBAJIKAN
Projek Pembinaan Rumah Asnaf

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) sebuah NGO sekali lagi melangkah satu gerak kerja baharu kami membeli tanah di Kampung Sungai Layar Sungai Petani.

Untuk projek pertama saya kira di Malaysia insya Allah membina 6 unit rumah asnaf ramai di kalangan asnaf yang tiada rumah menumpang dan sebagainya. inilah langkah pertama kami di atas tanah yang telah pun tanah dibeli Alhamdulillah.


Gerak kerja berapa bulan yang lalu kami sudah lakukan bersama dengan team saya kita sudah beli tanah sudah selesai dan insya Allah bulan depan akan dimulakan Oktober 2022. kita akan mulakan gerak kerja pembinaan di atas tapak yang seluas 30 ribu kaki ini.


Muslimin muslimat umat Islam yang dikasihi sekalian selalu tema saya tuan-tuan bagi pun bangunan ini akan siap tuan-tuan tak bagi pun, insya Allah bangunan ini tetap akan siap dan begitulah yang berlaku kepada perjuangan saya setakat ini. Alhamdullilah dan saya doakan saya sendiri dan kita semua dan saya doakan saya sendiri dan kita semua.


untuk membina tempat perlindungan, tempat berteduh pada orang-orang yang susah. mereka-mereka yang tak ada tempat perlindungan bersama dengan anak-anak mereka.

Mereka-mereka yang tak ada tempat perlindungan, projek 6 rumah asnaf di tapak yang telah pun sedia ini akan siap dengan semua bantuan dan sokongan yang padu yang kita dapat selama ini daripada tuan-tuan.


Kami akan terterakan no akaun dan setiap transaksi yang tuan-tuan bagi untuk pembinaan rumah asnaf ini tuan-tuan tulis reference di situ Rumah Asnaf untuk kami maklumkan berapa kutipan terkini.


Jadi sekadar itu dahulu semoga Allah menyedikan kepada kita rumah di dalam Syurga, seperti mana kita pernah menyediakan rumah kepada mereka yang memerlukan di dunia ini.

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh.