BERITA | KEBAJIKAN
Program 1 - Menguasai dan memperkasakan Bahasa Ibunda & Kebudayaan Masyarakat India

Persatuan Telugu Malaysia, cawangan Melaka berjaya memperolehi gran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Menguasai dan memperkasakan Bahasa Ibunda & Kebudayaan Masyarakat India. Program ini telah diadakan pada 06.11.2022, 13.11.2022, 20.11.2022 & 27.11.2022 yang melibatkan 120 orang peserta bertempat di No. 2-5, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk peserta-peserta menguasai dan memperkasakan bahasa Ibunda & kebudayaan masyarakat India.