KELAB PENGGERAK PENDIDIKAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KUALA LUMPUR AND SELANGOR EDUCATION IN ACTION CLUB)
PPM-016-14-08092011
SOSIAL
Kategori
PENDIDIKAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Kelab EIA (Kelab Education in Action), ditubuhkan pada tahun 2011 –
sebuah NGO yang berdatar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM-
016-14-08092011).
Kelab EIA menyokong dan membantu dalam memberikan nilai tambah
pendidikan sama ada berkaitan kesihatan atau bukan kesihatan yang
berkisar kepada empat teras utama iaitu kerja-kerja penyelidikan,
pembangunan modal insan, khidmat masyarakat dan latihan.
Maklumat Pertubuhan
Visi Kelab
Menjadi sebuah institusi rujukan dan bantuan sokongan terulung negara untuk sebarang aktiviti bena upaya yang berteraskan pendidikan dan pembelajaran samaada yang sedang dirancang, telah dan akan dirancang.
Misi Kelab
Menyediakan skuad penggerak pendidikan dan pembelajaran yang professional dan serba boleh dalam apa sahaja genre pendidikan dan latihan yang memerlukan tenaga sokongan.
Latar Belakang Pertubuhan
FASAL 1 NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Penggerak Pendidikan Kuala Lumpur dan Selangor [Kuala Lumpur and Selangor Education in Action Club (Kelab EIA)],
NO PENDAFTARAN ROS : PPM-016-14-08092011
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
Alamat dan tempat urusan Kelab ini ialah Jabatan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa. Alamat untuk urusan surat menyurat adalah juga sama.
FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT
(1) Menyokong pelbagai aktiviti pendidikan termasuk usaha-usaha pembangunan modal insan, pemerkasaan masyarakat dan sebarang bentuk aktiviti bena upaya yang digerakkan oleh pelbagai organisasi.
(2) Menyediakan keperluan sumber tenaga manusia dan kepakaran bagi membantu dan menyokong sebarang bentuk pendidikan yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara.
(3) Menyediakan keperluan logistik bagi membantu dan menyokong sebarang bentuk pendidikan yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara.
(4) Menyediakan modul, program, perkhidmatan latihan, ikhtisas dan teknikal yang diperlukan organisasi dalam sebarang aktiviti pendidikan yang dirancang.
(5) Menjadi penyokong dan pemangkin kepada segala usaha pendidikan formal dan tidak formal yang digerakkan oleh pelbagai organisasi.
Syarat-Syarat Keahlian
(1) Terdiri dari ahli biasa dan ahli bersekutu.
a. Ahli biasa terdiri dari mereka yang berumur 20 tahun ke atas pada tarikh permohonan, warganegara Malaysia dan tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor. Jumlah ahli terhad kepada 50 orang sahaja.
b. Ahli bersekutu terdiri dari mereka yang berumur 20 tahun ke atas pada tarikh permohonan, warganegara Malaysia dan tidak tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor. Jumlah ahli terhad kepada 20 orang sahaja. Ahli bersekutu tidak boleh mengundi dan memegang jawatan.
(2) Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang dinyatakan di atas, hendaklah setelah membayar bayaran yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Aktiviti Kesukalelawanan
Aktiviti Pendidikan & Promosi Kesihatan
Aktiviti Penyelidikan
Aktiviti SEminar & Persidangan
Pautan Sosial Media
: | ||
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | http://kelabeia.blogspot.com/ |
Telegram | : |